Definisi
Dewasa ini,kita sering mendengar berita tentang bayi yang baru dilahirkan dibuangkan ke dalam tong sampah ataupun dibiarkan di tempat-tempat yang tersembunyi.Masalah ini makin hari makin serius dan telah menjadi salah satu masalah remaja.Perbuatan seperti dianggap berdosa sama ada kita melihatnya dari segi agama ataupun moral.Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 65 kes buang bayi dicatat pada tahun 2000 meningkat kepada 83 kes pada 2006. Daripada 83 kes itu, 79 membabitkan pembuangan bayi yang baru dilahirkan dengan empat lagi masih janin.Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006).Dengan merujuk kepada statistik yang diberikan oleh pihak polis,gejala ini mencatat peningkatan pada kebelakangan tahun ini.Demi membantu pembaca memahami apa yang sedang berlaku,kita akan mengkaji sebab-sebab,punca-punca,kesan-kesan,dan langkah-langkah untuk mengurangkan kes pembuangan bayi.
Faktor-faktor
Bagi setiap perkara yang berlaku tentunya ada sebab musabab dan masalah pembuangan zuriat juga tidak terkecuali.Berikut adalah sebab-sebab berlakunya masalah pembuangan bayi:
1. Kurangnya kasih sayang daripada ahli keluarga
Gadis remaja yang mengandung tanpa disedari membuang zuriat tersebut sebaik sahaja mereka melahirkannya.Hal ini disebabkan mereka kekurangan prihatin daripada keluarga dan menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa mendapat kasih sayang daripada teman lelaki.Demi memenuhi permintaan seksual daripada teman lelaki,mereka mengadakan hubungan seks dan mengandung.Untuk mengelak tanggungjawab perundangan, mereka melahirkan zuriat tersebut dalam keadaan bahaya dan membuang bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan.Selain itu,keengganan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka berkahwin merupakan antara faktor remaja lari mengikut teman lelaki dan bersekedudukan sehingga hamil dan melahirkan anak
2. Golongan ini berpelajaran rendah dan lemah dari segi ilmu pengetahuan.
Mengikut kajian yang dijalankan,gadis remaja yang terjebat dalam gejala ini tidak berpelajaran tinggi dan ada sesetengah daripada mereka tidak tahu tentang fungsi bahagian badan dan sistem reproduktif mereka.Hal ini akan meyebabkan mereka mudah tertipu oleh orang yang jahat untuk menjalani hubungan seks san seterusnya kemungkinan mereka mengandung dan membuang bayi tersebut adalah besar.
3. Tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
Selain itu,Remaja yang tidak berpegang kuat kepada agama akan mudah terjebat dalam maksiat yang tidak sihat.Demi wang,sesetengah daripada mereka sanggup melacurkan diri dan akibatnya mereka mengandung tanpa menyedari perkara tersebut.Seterusnya,mereka akan melahirkan bayi tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.
4. Hukuman yang kurang berat
Walaupun ada di kalangan mereka yang sedar tentang akibat perbuatan itu tetapi mereka masih melakukannya.mereka berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan tidak akan memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada mereka.
Kesan-kesan
Pembuangan zuriat mempunyai kesan yang akan mempengaruhi pembangunan negara.Kesan-kesan pembuangan zuriat adalah berikut:
Peningkatan bilangan anak yatim
Ahamdulilah,sestengah bayi yang dibuang masih sempat diselamatkan jika ditemui tetapi nasib mereka akan menjadi pahit selepas itu.Dalam kehidupan mereka, mereka mungkin tidak berpeluang tahu siapa ibu bapa mereka dan kehidupan mereka diteruskan dengan mengadu kepada simpati orang ramai.Disebabkan oleh masalah kewangan,mereka juga tidak mempunyai peluang untuk belajar dan menyara anak-anak yatim ini merupakan kos kepada negara.
Cara mengatasi
Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berikut:
1. Mengadakan kempen kesedaran
Dengan mengadakan kempen,remaja-remaja akan sedar akibat dan kesan pembuangan zuriat.Polis juga boleh memberi amaran keras kepada mereka semasa kempen dijalankan supaya perkara seperti ini tidak berlaku pada remaja-remaja tersebut.Pihak penganjur juga boleh menjemput doktor untuk memberi ajaran seks yang betul kepada mereka supaya mereka tidak menjalani hubungan sekd sesuka hati.
2. Iklan-iklan juga harus dipaparkan.
Pihak-pihak media dengan kerjasama kerajaan terutamanya daripada kementerian kesihatan harus mengiklan tentang keburukan pembuangan bayi biarpun di akhbar,television ataupun di surat khabar.
3. Mempunyai pegangan agama yang kuat
Selain itu,ibubapa harus mendidik anak-anak mereka supaya sentiasa beriman.Hal ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang akan membawa kepada mereka masalah pembuangan zuriat.
Keratan Akhbar
Mayat bayi ditemui terapung
KUANTAN 26 Mei – Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung berhampiran jeti Padang Lalang, Tanjung Lumpur dekat sini, pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Kamarudin Kutik berkata, bayi itu ditemui empat nelayan yang ketika itu berada di jeti tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.
Menurutnya, sepasukan polis yang tiba 10 minit kemudian segera membawa mayat bayi malang itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan dan bayi itu dipercayai telah mati sebelum dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam lalu.
”Polis sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik-klinik di daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kamaruddin menambah, sukar untuk menentukan dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ia ditemui dalam keadaan air laut pasang.
”Mungkin ia dihanyutkan dari tempat ditemui atau dibawa dari hulu ke kuala kerana semalam air surut,” jelasnya.
Sementara itu, seorang daripada nelayan itu, Shahrul Azizi, 27, berkata, pada mulanya, dia bersama tiga lagi rakannya menyangkakan objek yang terapung berhampiran jeti itu adalah patung.
Namun katanya, setelah dilihat dari dekat baru disedari ia adalah mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat.