Bohsia


Definisi
Menurut kamus dewan, maksud Bohsia adalah gelaran remaja perempuan yg suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak, dan sering terlibat dlm kegiatan maksiat.
 
Faktor-faktor

  • Faktor diri
1.         Pegangan agama
 
Latar belakang agama yang lemah menyebabkan remaja bohsia/bohjan terlibat dengan gejala ini. Agama mengajar individu mengenai tanggungjawab. Mengenai nilai hidup yang mulia.Mengenai dosa dan pahala,dan mengenai syurga dan neraka. Ia menjadi benteng kukuh yang dapat menghindar diri remaja daripada tingkahlaku yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat. Jelas disini remaja yang berkaitan tidak mempunyai kekuatan dalaman yang dapat menentang pengaruh luar yang mendorong mereka untuk terjebak dalam gejala sosial. Remaja yamg terbabit, berhijrah ke bandar dan tinggal bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya. Kecetekan akal kerana umur yang muda dan ditambah dengan pendidikan agama yang lemah menyebabkan mereka lebih banyak bertindak mengikut hati dan perasaan dan bukan mengikut pertimbangan akal yang waras.

2.         Keluarga
Ketiadaan ibu bapa dan ahli masyarakat kampung yang selama ini adalah "pengawal" bagi mereka, memberikan mereka satu bentuk kebebasan untuk lebih mudah mengikut telunjuk hati dan perasaan. Ini ditambah pula dengan pelbagai daya tarikan yang wujud di bandar yang menjanjikan keseronokan sepanjang masa.

  • Faktor persekitaran
1.         Rakan sebaya
Rakan sebaya yang negatif mempengaruhi remaja untuk bertingkahlaku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma masyarakat. Pengakuan beberapa orang gadis bohsia mendedahkan bagaimana mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan untuk menonton video lucah, lari dari rumah, ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli-belah. Semasa melepak bersama dengan rakan-rakan bohsia yang lain di "port" tertentu, remaja ini diperkenalkan dengan bohjan sehinggalah mereka menjadi teman tidur kepada bohjan tersebut.



2.         Media massa
Media massa turut menyumbang kepada proses keruntuhan moral di kalangan remaja. Walaupun media massa ada mensajikan bahan -bahan konstruktif namun masyarakat khususnya generasi muda lebih terpikat kepada bahan-bahan yang berbentuk sensasi dan menghiburkan. Video lucah dan bahan bacaan lucah juga disket lucah amat mudah didapati di dalam pasaran hari ini. Dengan latarbelakang pendidikan agama yang lemah, remaja terbabit dirangsang untuk mencuba apa yang telah mereka tontoni atau baca. Akhirnya, mereka terjebak ke dalam lembah maksiat.

3.         Budaya asing
Budaya asing yang mengutamakan keseronokan, dan mengamalkan seks bebas dan bersekedudukan telah mempengaruhi remaja terbabit untuk terlibat dalam gejala bohsia/bohjan. Mereka sanggup lari dari rumah atau memperdayakan ibu bapa dengan alasan-alasan tertentu supaya dapat bersama berseronok dengan rakan-rakan.

4.         Masyarakat
Semakin lemahnya kawalan sosial di bandar yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi menyumbang kepada kepada keruntuhan moral generasi terkini. Dalam masyarakat tradisi, hubungan anggota masyarakat begitu erat dan saling mengenali antara satu sama lain, sikap tolong-menolong dan saling mengambil berat antara mereka. Perhubungan yang erat secara tidak langsung menjadi satu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku ahli masyarakatnya.
 
Cara mengatasi

1.         Pusat Pemulihan
Gadis remaja yang ditangkap kerana terlibat dengan masalah sosial harus dihantar ke institusi pemulihan akhlak bagi menjalani proses pemulihan. Kemasukan mereka ini, majoritinya adalah atas perintah mahkamah atau akta yang berkaitan seperti Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1996). Program pemulihan akhlak yang dijalankan oleh institusi tersebut dapat membantu remaja yang bermasalah untuk memperbaiki sikap negatif dan seterusnya menghalang mereka dari terjerumus semula ke dalam masalah sosial yang lebih serius. 
 
2.         Pendidikan agama dan moral
Bagi pihak kerajaan pujian harus diberikan kerana banyak langkah-langkah yang tegas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Bermula dari peringkat sekolah, para pelajar telah didedahkan dengan pendidikan agama dan moral yang menjadi salah satu mata pelajaran utama di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Langkah selajunya kerajaan juga mengadakan program rakan muda dan rakan masjid untuk menangani masalah gejala sosial yang begitu membimbangkan di kalangan remaja yang telah keluar dari alam persekolahan.

1 comment:

  1. Kronologi faktor yang anda berikan adalah tidak tepat. Peranan pemerintah adalah yang teratas, tapi tidak disebut. Kerajaan yang membuat dan mengarahkan ianya dilaksanakan, mengawal media, membuat hala tuju kepada silibas agama dan dan dan..... banyak lagi. Pada saya antara 60% hingga 70% peratus pemerintah berperanan dalam hal ini. Ingatlah tentang hadith "......berimannya rakyat sebagaimana berimannya kerajaan/pemerintah....". Adakah anda yakin seorang perempuan akan selamat berjalan sendirian? Bukankah dalam akhbar penah memaparkan seorang perempuan ditangkap begitu saja disiang hari, kemudian dirogol?

    Pada saya semua gabungan faktor yang anda sebutkan adalah dalam nisbah 40%-30% sahaja. Sebenarnya sekarang kita adalah penentu, walau pun kita hanya bersendirian. Dalam konteks keruntuhan akhlak kita akan ditanya kemana penentuan arah yang anda pilih sehingga membiarkan 'bangunan' yang diplan dan dibina oleh Rasulullah kini sebegitu rapuh sehingga boleh menghancurkan akidah. Mampukah anda menghalang kunci keruntuhan; seperti dadah, arak, judi, pelacuran dll sedangkan kuasa di tangan al-mufsiduna fil ardi?

    ReplyDelete