Budaya Barat

Definisi

Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.

Contoh-contoh Budaya Barat
Budaya Punk
 
Punk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk , atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.
Gaya hidup ialah relatif tidak ada seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi diambil dari kata "ideas" dan "logos" yang berarti buah pikiran murni dalam kehidupan. Gaya hidup dan ideologi berkembang sesuai dengan tempat, waktu dan situasi maka punk kalisari pada saat ini mulai mengembangkan proyek "jor-joran" yaitu manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita. Dengan kata lain punk berusaha membebaskan sesuatu yang membelenggu pada zamannya masing-masing.

Pengaruh Black Metal

Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini bersendikan kepada pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.
Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah. Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara pemujaan syaitan, meminum darah kambing dan memakai salib yang diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.

Budaya Hedonisme

Dalam kamus Collins Gem (1993) dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang menyatakan bahwa kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup. Atau hedonisme adalah paham yang dianut oleh orang-orang yang mencari kesenangan hidup semata-mata (Echols, 2003) . Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata.
Seorang hedonis adalah orang yang mengejar kebahagiaan dengan mencari perasaan-perasaan yang menyenangkan, yang nikmat sebanyak mungkin dan sedapat-dapatnya menghindari perasaan-perasaan yang tidak enak. Dengan demikian akan ada banyak orang yang akan lari dari kenyataan dalam menghadapi kehidupan yang kian hari semakin sulit. Perkembangan yang terjadi pada saat ini disatu sisi menawarkan berbagai kesenangan, kesejahteraan dan kenikmatan yang membanggakan namun di sisi lain mengokohkan akar hedonisme dan memberikan bayangan keberuntungan dan kemajuan secara material dan fisik sebanyak dan setinggi mungkin. Akibatnya terjadi perubahan dalam kehidupan manusia yang bermuatan moral religius. Moral kemanusian akhirnya mengalami kehilangan arah, bahkan nilai-nilai religius mengalami keruntuhan.

Pengaruh Skinhead

Tali pinggang atau braces
Bomber Jacket
Arnold Palmer

Seluar
Jeans
- Levis
- Lee
- Wrangler
Slack
- Sta-Pres
- Diekies

Kasut
Boot
- Dr. Marten
- Monkey Boot
- Underground
- Steel-Toe
Snikers
- Adidas

Jaket
Levis
Wrangler
Harrington
Skinheads ditubuhkan pada tahun 60an dan mula berkembang pada tahun 1964 iatu di bandar Chelsea, England.Skinheads menggemari Hang Out atau melepak di Snooker dan juga Pub. Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi Skinheads. Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team. Jimpesy telah meminta kebenaran dari Queen Chelsea untuk menubuhkan Football Team untuk Skinheads. Skinheads hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum masuk ke padang sebagai memperingati jasa yang dicurahkan oleh Jimpesy untuk Skinheads Football. Football Hooligans merupakan Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak. Tren bagi Skinhead ialah gemar mengubah tekanan, mengkaji dan menyembahkan style mereka.
 
Faktor-faktor

Pengaruh media massa
Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
 
Kesan-kesan

1.       Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.

2.       Peningkatan Gejala Sosial
Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

Cara mengatasi

Penapisan filem Barat
Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus digalakkan.

25 comments:

  1. Sekarang ini agak mudah untuk kita mnyenaraikan masalh-masalah yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini. Namun, agar sukar pula untuk kita mencari penyelasaiannya selain menjadikan ibubapa sebagai alasan utama.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Macam2 berlaku zaman ni kan :(

    ReplyDelete
  4. masalah Kapitalisme perusak generasi

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. informasi kurang tepat.. gambar ketiga bukan band black metal...

    sila kaji video ini...

    http://www.youtube.com/watch?v=OrtpCfAxYvM

    ReplyDelete
  7. Saya sukeeee sgt blog ni cantik!Semua info yg nk dicari da jumpa dlm ni.HEHE.Thanks 4 yr help:)

    ReplyDelete
  8. Yayy siap hw aku camni^_____^ hahhahaa tq sesangat

    ReplyDelete
  9. salam , golongan punk bukanlah budaya keganasan atau tidak sihat. Punk bukanlah ganas tetapi mereka lawan penindasan. atau di label sebagai pemberontakan. Tak kesah la nak berontak tentang apa sekalipun. Tertindas, cinta mahupun hal dunia. Muzik mereka juga ada mesej2 tentang lawan penindasan. Bukanlah muzik yang melalaikan atau sampah. Pada pendapat aku, lebih bagus rakyat malaysia menjadi punk dari menjadi mereka yang mengikut orang lain tanpa ada pendirian sendiri. Punk juga bukan anti sosial. Punk itu anti perkauman/rascist. jadi toksah lah melabelkan budaya punk sama ada skinhead budaya yang rosak akidah atau budaya tidak elok. Cari tentang sesuatu itu dengan lebih lanjut tanpa mencari kesalahan tentang sesuatu benda. Pada aku kebanyakkan info di sini salah. Salam.

    ReplyDelete
  10. Lagi satu punk bukan kriminal atau pemabuk berbahaya. Fesyen pun bukanlah punk. Orang yang buat cerita mengarut inilah yang kriminal rendah pada aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pendapat yang sahih? Mengapa kata punk atau skinhead tu dibenarkan? Teliti la dalam agama..teliti la dalam sivik..teliti lah dalam buku2 lain trutama para ulama'..pd saya tak bole kerana itu bukan budaya yg perlu kita lakukan di Malaysia trutama orang Melayu. Dalam konteks Islam..fesyen sebegitu dilaknat..kerana mengubah fitrah dan paras rupa seberna. Maaf ye ☺

      Delete
    2. Itu yang aku maksudkan tadi. Punk bukan lah rupa paras. Jadi tak boleh nak menilai punk dari segi rupa paras. Sama juga macam agama Islam, kita pun tak boleh menilai seseorang berpakaian jubah atau tudung adalah islam, macamtu juga dengan punk. Pakaian hanyalah sekadar luaran. Tak wajib ikutpun. Cuma punk adalah budaya di mana tolak penindasan, perkauman dan sebagainya. Dan ada juga berkaitan dengan Ajaran islam iaitu anti kapitalisme. Bukan apa, cuma buku teks zaman ni tak boleh nak rujuk sangat, sebab sama sahaja dengan artikel macam di atas. Penipu.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Punk berpakaian macamtu hanya untuk menunjukkan pemberontakan dan sifat marah. Tapi bukanlah kalau nak jadi punk mesti kena berpakaian. Itu hanya nak sampaikan mesej. Dan muzik pula berbaur emosi, tolak penindasan dan sebagainya. Dan pada aku tak salah dan tak melalaikan jika kita enjoy muzik tersebut yang berbau mesej mesej sebegini. (:

      Delete
    5. Punk berpakaian macamtu hanya untuk menunjukkan pemberontakan dan sifat marah. Tapi bukanlah kalau nak jadi punk mesti kena berpakaian. Itu hanya nak sampaikan mesej. Dan muzik pula berbaur emosi, tolak penindasan dan sebagainya. Dan pada aku tak salah dan tak melalaikan jika kita enjoy muzik tersebut yang berbau mesej mesej sebegini. (:

      Delete
  11. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam hal ini utk mendidik anak-anak mereka. Remaja juga jangan mudah terpengaruh dgn rakan-rakan.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Ya budaya mereka memang kasar dan liar tapi ia tak terjadi kan di sesetangah negeri di america?mungkin ada yg masih ketinggalan zaman /masih amalkan kepercayaan agama yg tinggi gitu?

    ReplyDelete
  14. salam maaf saya nak tanya , ada sumber rujukan tak ? sebab saya nak minta izin untuk masukkan link blog dan sumber rujukan cik dalam kertas kerja saya uni.

    ReplyDelete
  15. Menetapkan letak togel online semampang tempat anda membikin permainan togel online memang khatam sangat tepat sekali untuk anda bisa akses dengan link prediksi togel terpercaya dan daftarkan diri anda disana sekarang karena pasaran yang ditawarkan sangat menarik dan bingkisan yang memang diberikan dapat anda temui di situs togel online asli indonesia dan paling baik .

    ReplyDelete