Pengambilan Minuman Keras

Definisi

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood". Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman keras atau minuman beralkohol merupakan suatu tabiat buruk terutama sekali pada remaja kita masa kini. Masalah ini mempunyai tahap serius yang sama dengan masalah-masalah sosial lain yang melanda negara kita. Malah masalah ini kian hari kian meruncing.

Faktor-faktor

Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil minuman keras termasuk:

1.       Pengaruh rakan sebaya
Ramai remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut. Jika mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka takut akan kehilangan rakan. Dalam realiti, rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.


2.       Iklan yang dipaparkan
Namun pengiklanan arak dalam panggung wayang, dalam VCD, media cetak tidak diharamkan dibenarkan semakin kerap. Kita lihat media cetak, akhbar-akhbar bahasa Inggeris semakin kerap mengiklankan minuman-minuman beralkohol. Pengiklanan sekarang menjadi sangat menarik. Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja sukan. Belum lagi sukan mass massa seperti bola ataupun badminton tetapi sudah mula menaja sukan seperti golf. Menggunakan wanita mengeksploitasi wanita yang seksi, yang mengghairahkan untuk juga menjual arak juga menarik perhatian remaja.

3.       Mudah didapati
Penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja tidak menghadapi kesusahan dalam mendapat alcohol pada bila-bila masa sahaja. Ini telah mendorong mereka untuk mengambil minuman keras dengan lebih kerap.

Kesan-kesan

Alkohol membawa banyak kesan negatif iaitu:

1.       Memudaratkan kesihatan

 Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri. Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.

2.       Tahap kemalangan meningkat
Kebanyakan kes-kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu, kemungkinan yang besar bagi kemalangan untuk berlaku dalam keadaan mabuk.

3.       Kelakuan di luar kawalan
Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Pusat kawalan itu melarang seseorang daripada melakukan perbuatan yang di anggap salah. Contohnya seseorang itu pada kebiasaannya tidak menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika berhadapan dengan kedua ibu bapa dan dengan orang yang lebih tua. Apabila seseorang meminum alkohol, pusat kawalan tersebut menjadi tersekat. Inilah yang mengakibatkan seseorang yang mabuk melakukan perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya. Contohnya seseorang yang mabuk didapati menggunakan bahasa kesat dan tidak menyedarinya kesilapan itu walaupun sedang berhadapan dengan kedua ibu bapanya. Mereka akan berkelakuan buruk.

Cara mengatasi

1.       Peranan ibu bapa
Ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan banteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mencari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula bergaul dengan rakan sebaya untuk mencari keseronokan serta mengambil alkohol untuk melepaskandiri daripada permasalahan.


2.       Kempen kesedaran
Kempen kesedaran harus dijalankan bagi menanam kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya para remaja tentang bahaya dan akibat pengambilan minuman keras. Kempen-kempen ini boleh diadakan di tempat umum dan juga sekolah supaya anak-anak sekolah mendapat pengetahuan tentang kesan daripada arak.

1 comment: