Gejala Ponteng

Gejala Ponteng
  

Pelajar merupakan pemimpin kepada negara pada masa akan datang memperlihatkan betapa pentingnya pelajar kepada negara dan pelajar-pelajar kita terdiri remaja-remaja yang bakal menjadi pucuk kepimpinan.Sayangnya,remaja-remaja sebagai pelajar asyk ponteng sahaja dan ia telah menjadi masalah yang serius di kalangan remaja masa kini.Selepas ponteng,mereka akan menghabiskan masa mereka di kompleks beli-belah dan pusat-pusat hiburan.
Sebab-sebab
  1. Hilang minat dalam pelajaran
    Bukanya semua pelajar mempunyai tahap kefahaman yang sama dan di kalangan mereka adanya yang lemah.tetapi,golongan pelajar sentiasa diabaikan oleh guru menyebabkan mereka hilang minat.Selain itu,mereka diabaikan malah dipandang rendah oleh cikgu mereka kerana tidak cemerlang dalam pencapaian akademik mereka.
  2. Pengaruh daripada rakan-rakan
    Ada di kalangan mereka yang ponteng kerana dipengaruhi oleh kawan mereka.Mungkin mereka akan menolak permintaan pada permulaan tetapi kawan mereka akan mula menjauhi mereka.Demi meneruskan hubungan mereka sebagai kawan,mereka terpaksa ikut jejak rakan mereka ponteng kelas.
  3. Pengabaian peranan ibubapa dalam pelajaran anak mereka
    Ibubapa yang sibuk kerja untuk mencari rezeki kuran mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh anak mereka di sekolah.Hal ini memberi peluang kepada pelajar ponteng sekolah.
Kesan-kesan
  1. Masalah sosial meningkat
    Pelajar yang ponteng ini akan melibatkan di mereka yang tidak sihat seperti gengsterisme vandalisme dan lain lain.Golongan pelajar ini akan membawa masalah kepada masyarakat kita dan jika tidak diselesaikan dengan segera akan menpengaruhi pembangunan negara.
  2. Pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah
    Akibat daripada tabiat ponteng itu,golongan remaja ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka kerana mereka jauh tertinggal.Kemungkinan juga golongan ini akan menganggur kerana mereka tidak dapat bersaing dalam keadaan yang penuh dengan persaingan.

Langkah-langkah
  1. Peranan pihak sekolah
    Dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah ini,pihak sekolah memainkan peranan yang paling penting.Pihak sekolah harus memberi perhatian terhadap kehadiran pelajar-pelajar dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam kehadiran mereka.Pelajar yang ditangkap ponteng harus dihukum dengan berat sebagai amawan keras kepada yang lain.
  2. Peranan ibubapa
    Ibubapa harus mengambil berat terhadap pelajaran anak mereka termasuklah memastikan anak mereka sentiasa hadir di sekolah.Apabila pihak sekolah mendapati anak mereka ponteng,mereka harus memberi kerjasama dengan berjumpa dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.







No comments:

Post a Comment