Mat Rempit

Definisi

Istilah 'mat rempit' adalah hasil gabungan dua perkataan 'mat' dan 'rempit' dimana 'mat' adalah merujuk kepada seseorang atau sekompok individu, sementara 'rempit' difahami sebagai kegiatan membonceng motosikal dengan laju dan tidak mengikut undang-undang jalan raya.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya.



Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu





Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Faktor-faktor


1.         Pengaruh rakan sebaya
Faktor pengaruh rakan sebaya dapat dikaitkan dengan gejala rempit ini adalah kerana rakan-rakan adalah lebih rapat jik nak dibandingkan dengan ibubapa atau keluarga.Pengaruh ini secara tidak langsung membentuk sahsiah diri remaja itu sendiri.Disebabkan pengaruh rakan sebaya jugalah sebenarnya remaja menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu walaupun remaja itu sendiri tahu bahawa perkara yang dilakukan itu amat menyalahi undang-undang mahupun norma hidup masyarakat.

2.         Keruntuhan rumah tangga
Keruntuhan rumah tangga yang berlaku pada masa kini juga boleh dikaitkan dengan gejala sosial yang berlaku pada masa ini terutama gejala rempit.Sebenarnya jika dikaji semula sebenar hampir kesemua para mat dan minah rempit ini adalah mereka yang berasal dari keluarga yang bermasalah. Pada hakikatnya anak-anak remaja terutamanya,bagi mereka keluargalah tempat mereka jadikan rujukkan dan tempat mengadu masalah.Dengan keluarga yang huru-hara sebegini perasaan anak-anak akan terganggu, contohnya ibubapa selalu bergaduh antara satu sama lain pada setiap waktu,di pihak anak-anak pula mereka akan merasa bosan dengan apa yang berlaku dan apa yang mereka harap di rumah iaitu dapat bermesra dengan ibubapa yang tersayang dan untuk berkongsi masalah hancur dengan melihat keadaan keluarga yang sedemikian rupa.disabakan ini mereka sanggup keluar dari rumah untuk mendapatkan apa yang mereka hajat di rumah.Di luar rumahlah mereka akan terdedah debu-debu jejala yang tidak sihat dan seterusnya mereka akan terlibat sama.

Kesan-kesan

1.         Pembangunan sosial terencat
Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutan yang dapat kita dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat dan mengganggu mereka beristirehat. Malah golongan ini juga sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ataupun digelar juga sebagai ‘mat gian’. Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain seperti mencuri, ragut, pecah rumah dan lain-lain. Namun, apa yang paling membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram tersebut.


Anak gadis sanggup menggadaikan maruah untuk menjadi pembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan ahli kumpulan mat rempit

2.         Kehancuran masa depan remaja
Gadis- gadis inilah yang menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi perlumbaan tersebut. Justeru, langkah yang drastik dan efektif harus difikir dan dilaksanakan segera agar kisah pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit pembunuh seperti AIDS dapat dielakkan. Manakala dari sudut ekonomi pula, mat rempit mensia-siakan waktu muda mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing. Tetapi peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan oleh rakyat asing lantaran kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Apa yang membimbangkan adalah sekiranya perkembangan yang tidak sihat ini semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal, ini kerana rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja. Bahkan sebahagiannya masih dibangku sekolah menengah.


Cara mengatasi

Peranan pihak berkuasa
Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu mat rempit ini. Malahan, peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mat rempit perlu digubal bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dan drastik.


Kes-kes

Cop meninggal dalam kemalangan ketika mengejar Mat Rempit
Sat, 2 Oktober 2010
New Straits Times


KUALA LUMPUR, Malaysia - Seorang pegawai polis tewas ketika sepeda motornya bertabrakan dengan kereta ketika dia mengejar Mat Rempit di Jalan Datuk Senu di Sentul pada Khamis malam.
Ketua Inspektor Mohd Khairul Zaini Mohd Zain, 31, tewas seketika dan tubuhnya dihantar ke Kuala Lumpur Hospital.

Dalam insiden 10:30, Khairul dan beberapa polis lalu lintas dari markas polis bandar menggunung operasi melawan pemandu haram ketika Mat Rempit menerobos halangan tersebut.
Khairul mengejar dia di sebuah sepeda motor Yamaha 125z ketika sebuah kereta tiba-tiba keluar, melemparkan dia dari mesin pada kesan. Dia meninggal kerana luka kepala yang serius dan tubuhnya kemudian dibawa ke Kelantan oleh unit hawa polis untuk dikebumikan di bandar kelahirannya di Panji, dekat Kota Baru.Timbalan Inspektor Jeneral Polis Datuk Hussin Ismail menyatakan simpati atas kematian Khairul yang melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.
"Polis akan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk isteri Khairul dan anak-anak di saat mereka memerlukan," katanya, mengingatkan polis untuk waspada dan berhati-hati ketika menjalankan tugas mereka.
Di Kota Baru kelmarin, Khairul dimakamkan di pemakaman Panchor-Panji Kampung sekitar jam 4 petang.
Dia meninggalkan isteri Harlina Abdul Hadi, juga 31, dan 4 tahun putra Muhammad Farhan.
Harlina, berbicara pada ibunya-di rumah-undang-undang sebelum pengebumian, mengatakan ia terkini melihat suaminya sebelum ia meninggalkan rumah untuk operasi sekitar 9 malam.
"Dia tampak nya biasa diri. Namun, ia telah mengeluh bahawa dia lelah selama beberapa hari terakhir seperti yang pernah bekerja di malam hari”
"Saya katakan kepadanya untuk bersabar dan cuba untuk mendapatkan banyak berehat."
Harlina berkata dia diberitahu tentang kemalangan sekitar tengah malam oleh seorang saudara.


Keratan Akhbar


2 comments:

  1. Mat rempit dan mat gebang ada baiknya kuatkuasakan mereka mengutip sampah dimerata tempat letakkan dalam bakul motor mereka tak kira mere a berlumba atau tidak.jangan berlembut.

    ReplyDelete